Monday, May 2

Keukenhof- Taman Bunga Terbesar di Dunia


Part 2-Road Trip to Amsterdam Day 2 (finale)
Keukenhof-Syurga bunga tulips dunia 
(picture photographed by Mr Shams)
Tahukah anda, dimanakah tempat yang paling banyak gambar diambil? Jawapannya bukan di Disneyland tapi di Keukenhof, di Amsterdam. Tak tahu la macam diorang kaji/kira, tapi fakta inilah yang dicanang2 di laman web rasmi Keukenhof. Tapi landmark paling banyak diambil gambar dibumi ini semestinya Eiffel Tower di Paris dan bagi kategori city adalah New York. Walau apapun, apa yang lebih mengagumkan, taman bunga Keukenhof hanya di buka selama 2 bulan.. bayangkan kalau dibuka utk tempoh yg lebih lama, tentu lagi popular.

Dekorasi bunga2 yang mekar berkembang indah mempersonakan jiwa
Keukenhof yang bermaksud ‘kitchen garden’ dalam bahasa Dutch dibuka sejak 1949. Taman yang berkeluasan 32 hektar ini ditanam dengan lebih 7 juta bunga-bungaan dengan 4.5 juta adalah jenis tulip dengan 100 jenis yang berlainan. Sebab itu, Keukenhof dikenali Taman Bunga Terbesar di Dunia. Memang tak de tempat lain kat dunia yang ada bunga sebanyak ini dalam satu taman.

Inilah namanya kereta teknologi hijau janaan kuasa enjin pakai akar bunga..haha

Dari Volendam kami ke Lisse, Amsterdam untuk ke Keukenhof sebelum bergerak pulang ke Copenhagen. Kami bernasib baik sebab waktu kami sampai adalah waktu yang sangat sesuai untuk melihat bunga2 kerana kebanyakan bunga sedang galak dan baru berkembang riang. Walaupun ianya adalah hari minggu, namun taman tersebut tetap penuh dengan pengunjung. Di sana orang ramai datang berbondong2 mengangkut kamera. Kebanyakkannya yang lens lebih dari sejengkal. Mak cik2 berpangkat nenek pun ramai berkeliaran dengan memakai kalung DSLR di leher mereka (mungkin tauke2 kedai florist kot).
Bersama keluarga Mr Shams & Pn Maisara serta Hulaif & Hazlam  (muka2 dah muak tgk bunga)
Memang sampai muak tengok bunga kalau kat sana. Satu hari memang tak cukup kalau nak hendap betul2 dan ‘menghayati seni kebungaan’. Terdapat 4 indoor exhibitions antaranya The William Alexander Pavilion (utk bunga Tulips & Daffodils), The Beatrix Pavilion (orchids) dan Lily exhibition (yg ni x bukak lagi sebab bunga lily berkembang pada mid May. Terdapat juga Juliana Pavilion (yg ni kami x masuk tengok sebab otak dah tepu dengan bunga), tempat pameran khas bersempena tema tahun 2011 (seni bunga negara jiran Netherlands iaitu German)..


Sebenarnya, mereka tanam tulips2 ni pada bulan Januari 2011. Nak tahu cara2 diorang tanam dan decorate bunga2 tulips ni? Tonton videyo 34 saat ni..


Dan hasil yang pakcik dalam videyo tu tanam adalah seperti gambar ni (masa kitorang pergi-April 2011)
Cantek tak? Ok, sila jeles skrang!
Terdapat juga 7 inspirational garden, kalau2 sapa nak cari idea untuk buat taman kat rumah. Ada juga taman Jepun yang penuh dengan Sakura. Dalam Keukenhof disediakan perkhidmatan menaiki boat kecil berenjin elektrik  yang kononnya environment friendly (tapi bunyi enjin bising). Dan alang2 dah sampai, kami pun naik la walaupun tiket boleh tahan mahal, 7.50euro seorang. Tapi ok la jugak sebab diberikan personal audio penerangan dalan Dutch dan English. Kalau tak, memang bosan terlopong duduk tengok2 ladang untuk 50minit. Dan baru la tahu yang bunga tulips sebenarnya berasal dari pergunungan di Kazakhstan rupanya..
Dalam bot keliling ladang tuilip
Travel tips to Keukenhof & Amsterdam
1) The best time to view the tulips is around mid-April sebab bunga2 tengah galak berkembang riang. Tapi bergantung pada cuaca gak, kalau spring sejuk lagi, tulip still menguncup, malu nak berkembang
Impian Pn Maisara melihat jutaan tulip bersama keluarganya tercapai jua..
2) Boat tour to Tulips Farm in Keukenhof. NOT recommended. Not worth for money. Lagipun, just duduk je dalam boat yang sempit tu untuk 50minit!
3) Bergambar gaya bollywood dalam ladang bunga. The best way to take photo with the most beautiful flower farm view ialah dengan masuk secara 'haram' (ramai orang buat) ke ladang tulips di tepi jalan area pekan Lisse. Kalau nak masuk ke ladang melalui pintu sebelah Keukenhof kene charge 2euro..x berbaloi beb!
Berposing berlari2 gaya ala2 bollywood dalam ladang tulip.. Sila jeles skali lagi..
4) Kalau teringin nak beli bunga atau biji benih, JANGAN beli di Keukenhof, mahal x hingat. Sila beli di Amsterdam flower market. Tapi kalau nak beli bebawang tulips baik tak yah. Sebab takkan tumbuh elok punye sebab orang tanam bulan Jan dan dpt tgk hasilnya bulan Mid April-Mid May. Kalau nak try tanam jugak, tahun depan la baru tumbuh agaknya.
5) Cari souvenirs? Jangan tertipu dan membeli di gerai souvenirs di Flower Market! Dapatkan souvenirs yang murah di Pekan Volendam. Murah sket di sana. Pesanan ikhlas dari orang yang pernah kene tipu..sob2 sadis..
6) Sign 'I AMsterdam' landmark yang popular tu berada jauh sket dari pusat bandar Amsterdam. Naik tram no. 2/5 (2.60euro/hr) dan berhenti di Museum Plein/Sguare. Hari tu x sempat plak nak pergi..rugi sesangat (:  padahal cari alasan untuk ke Amsterdam lagi..huhu

18 comments:

  1. owhhh tidakkkk nak pengsan patik melihat tulip2 yang bergelimpangan itew...huhu jelesnyaaa... eh mestilah kena g jale lagi sano..kena bawa puan isteri pulok tgk bunga...cun r keto hak ado tulip tu hehe...tips2 yang berguna tapi bilalah agaknya ada rezeki nak sampai sana sob sob...

    ReplyDelete
  2. tahniah, anda memang berjaya buat saya jealous. ni memang sangat2 jealous. dah lama simpan angan2 nak g tengok tulip kat belanda tp rezeki hanya dpt tengok kat tasmania je. doakan saya sampai ke europe plak lps ni.

    ReplyDelete
  3. owh..sangat jeles ok.. Sangat-sangat..Cantiknya bunga-bunga tulip tu..bilakah angan-angan mampu menjadi kenyataan? Mahal tak dari mesia nak ke amsterdam?? hehehe..=D

    ReplyDelete
  4. sukanya! sebelum ni baca AABB je. uuu.. jeles =,='

    ReplyDelete
  5. @Hanis MY: Yes, tempat yg wajib pergi kalau tour europe..but only in April/May. InsyaAllah kalo ada rezeki, smpi la tu Hanis&En suami ke sana nanti
    @RaJa NuRul FaTin: Rasa berdosa plak buat org jeles..haha.semoga dpt smpi ke sana jugak kelak!
    @Cik Sara: Memang cantek bunga2 tu. Berbaloi2. Sekarang ada direct flight from KLIA to Shichpol, Amsterdam. Kalu booking2 awal/atau waltu promotion tentu boleh dpt tiket harga murah
    @Inche Vampire:ni versi aA+bB+cC..haha

    ReplyDelete
  6. wah....bestnyer bro. bilo la buleh gi ambik gambar sano etep nih

    ReplyDelete
  7. wah seronoknya nya tengok bunga² tulip yang berwarna warni tu...sangat ceria.macam rasa nak fly sekarang jer ke sana...thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. first time komen ;)

    tgok tulip igt benji ngn didi ^_^

    ReplyDelete
  9. haha, saya memilih untuk tidak jeles..(jeles sebenarnya, cantik melecun bunga2)

    pernah jugak masuk secara illegal dekat muzium war memorial kat korea..(last2 baru tahu masuk illegal, dah separuh jalan illegal, apa lagi buat macho je..tak tertegur pegawai muzium, heheh)

    ReplyDelete
  10. @アヌム ちゃん~~ : memang cantek..
    @eelobor: InsyaAllah kalao ada rezeki tentu dpt ke sana gak nanti
    @Ms. Littlewing:u r welcome.sharing is caring
    @caHAYA: TQ for comments.. who is benji & didi?
    @Salahuddin:Mcm rasa bersalah plak buat org jeles..hehe
    ..sekali skala masuk tempat secara illegal ok kot...tp matlamat x menghalalkan cara!

    ReplyDelete
  11. subhanallah cantiknya...eeee geram ...kenapa xdijemput menjadi tetamu disana....(utk belajar disana)...hahhahaa....dah buat master kat cni pun separuh jalan....apatah lg nak buat phd...so jgn mengaduh ye kzie...
    (cam nyesal je xsmbg blajar :p malas...)en imran, mmg, jelous niiiii

    ReplyDelete
  12. Lawatan ke Kuekenhof masih lagi dalam peringkat angan2. InsyaAllah Pak Zawi akan tiba nanti.
    Terima kasih atas post ini.

    ReplyDelete
  13. @radziah AR: hmm..tgk dgn mata sendiri jauh lebih cantek dr tgk gambar je..whatever, mungkin ada rezeki di lain waktu
    @Pak Zawi:Tak pe, kekadang angan2 dulu, lama2 jd kenyataan
    @velasrizal: semua bunga lawo, sampai muak tgk bunga..hehe

    ReplyDelete
  14. TQ for sharing..really useful info. Tingin nk pegi one day. :)

    ReplyDelete
  15. Tahukah anda dari manakah asalnya tulip yang terdapat di Keukenfof?

    ReplyDelete
  16. Assallammualaikum
    Harap Encik Imran dapat berikan saya cara untuk ke Flower Market ni.. Naik bus @ train ye?
    Terima kasih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...